Team Balik Raya di Perlis? AMKAY Homestay Sedia Penginapan Selesa Untuk Keluarga Anda!

Musim raya dah nak tiba, kami di AMKAY Homestay mengalu-alukan keluarga yang nak balik beraya di Perlis nih. Jika perlukan penginapan keluarga yang selesa di Kangar, boleh lah pm kami ya untuk tempahan homestay. Jangan bimbang tau, sebab homestay kami ada menyediakan penginapan yang sesuai dengan keperluan keluarga anda sama ada keluarga kecil atau keluarga besar.


Team Balik Raya Perlis
Team Balik Raya Perlis


LOKASI

Lokasi homestay kami memang sangat strategik, iaitu terletak di bandar Kangar, hanya 100 meter daripada Stadium Utama. Jadi sangat memudahkan untuk anda sekeluarga akses ke mana-mana tempat dengan masa yang singkat. Nak ke Arau, Kuala Perlis, Padang Besar atau ke Sanglang, hanya dalam tempoh 20 minit saja. Nak dapatkan barang keperluan di Kangar terutamanya pun akan jadi sangat mudah!


JENIS HOMESTAY

Seperti yang dimaklumkan kita ada dua homestay sesuai dengan keperluan penginapan keluarga anda. Bagi keluarga kecil dengan ahli antara 1-6 orang, kita ada homestay Semi D setingkat yang terletak di Taman Utama Indah, berhadapan dengan pintu masuk Stadium Utama. 

Dengan 2 bilik berekon, 2 tandas, homestay ini mempunyai ruang tamu yang luas. Lengkap dengan peralatan rumah asas seperti kemudahan tuala, sabun, seterika, cerek elektrik dan 2 set toto untuk kegunaan tambahan tetamu. 


Kemudahan ruang tamu yang besar dan luas
Kemudahan ruang tamu yang besar dan luas

Katil bersaiz King untuk bilik master lengkap dengan tandas
Katil bersaiz King untuk bilik master lengkap dengan tandas

Kemudahan homestay keluarga di AMKAY Homestay, Kangar
Kemudahan homestay keluarga di AMKAY Homestay, Kangar

Katil bersaiz Queen untuk bilik kedua
Katil bersaiz Queen untuk bilik kedua

Bagi yang suka menunaikan solat di masjid, boleh lah ambil kesempatan untuk bersolat jemaah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar, yang cantik dan selesa tak sampai 5 minit daripada AMKAY Homestay Perlis. 


Homestay kedua pula ada rumah Semi D dua tingkat yang terletak di Taman Kechor Impian. Rumah dua tingkat ini menawarkan 3 bilik berekon lengkap dengan 3 tandas, sesuai untuk keluarga dengan ahli seramai 6-10 orang. Lengkap dengan peralatan asas rumah seperti kemudahan tuala, sabun, seterika, COWAY dan 3 tilam extra untuk kegunaan tambahan. 

Perkhidmatan dobi berbayar juga tersedia berdekatan dengan homestay ini. Hanya RM5 untuk basuhan dan RM6 untuk kering, dobi ini menawarkan perkhidmatan mudah untuk keluarga dengan ahli keluarga yang ramai. 

Ruang tamu yang nyaman dan selesa untuk keluarga besar
Ruang tamu yang nyaman dan selesa untuk keluarga besar

Katil saiz King yang selesa untuk bilik master
Katil saiz King yang selesa untuk bilik master

Katil saiz Queen mesra orang tua dan OKU di tingkat bawah
Katil saiz Queen mesra warga emas dan OKU di tingkat bawah


Bilik dengan dua katil single untuk anak muda
Bilik dengan dua katil single untuk anak muda

Kemudahan meja makan keluarga
Kemudahan meja makan keluarga

Kemudahan homestay keluarga di AMKAY Homestay, Kangar
Kemudahan homestay keluarga di AMKAY Homestay, Kangar


Kedua-dua homestay juga terletak berdekatan dengan kemudahan kesihatan. Hanya 50m dari homestay setingkat, kemudahan kesihatan boleh didapatkan daripada Klinik Haji Othman yang memang cukup popular dalam kalangan rakyat Perlis. Atau boleh terus dapatkan rawatan di Hospital Besar Kangar (Hospital Tuanku Fauziah) yang terletak hanya 2km daripada AMKAY Homestay. 


Bagi yang perlukan recommendations tempat-tempat menarik nak melawat di Perlis pun, kami boleh bantu anda sediakan tentatif untuk membantu merancang perjalanan di negeri paling Utara ini. Senang tau nanti nak jalan-jalan!


Jadi apa tunggu lagi? Nak balik beraya di Perlis dengan selesa, jangan lupa dapatkan khidmat AMKAY Homestay, kemudahan penginapan keluarga untuk anda! Hubungi 013 800 7003 untuk tempahan sekarang. 


Comments