Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis

Baru-baru ini ada sekumpulan mahasiswa UiTM yang hubungi saya untuk datang ke Perlis. 8 orang mereka semua, dari Selangor, KL dan Johor. Tak pernah datang ke Perlis seumur hidup. Tapi teringin sangat nak datang sebab dah viral teruk pasal Perlis nih kat TikTok dan media sosial lain. 


Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis
Kredit: @unaisphoto

Jadi bila ternampak posting kami di Twitter, yang sentiasa sedia memberikan khidmat bantuan mengatur perjalanan ke destinasi menarik di Perlis, mereka pun teruja! 

Yes, antara satu keistimewaan AMKAY Homestay adalah lokasi kami yang strategik di tengah Kangar, senang untuk akses mana-mana destinasi menarik yang ada di Perlis, sama ada di Padang Besar, Kuala Perlis, Sanglang atau Arau. Plus, khidmat bantu mengatur perjalanan anda di Perlis juga pasti akan menjadikan percutian anda ke Perlis, suatu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila!


AMKAY Homestay Penginapan keluarga untuk percutian anda di Perlis
AMKAY Homestay: Penginapan keluarga untuk percutian anda di Perlis

Yang menariknya, tentatif yang kita cadangkan tempat menarik dan makan sedap viral tu bukan main copy paste saja tau. Kita akan cadangkan berdasarkan masa ketibaan di Perlis, bajet, type of preferences, umur dalam kumpulan dan beberapa perkara lagi supaya sesuai dengan keperluan tetamu. 

Tapi bukan wajib pun. Tetamu bebas saja nak ikut apa plan yang diorang ada. Cuma bila kita bantu sket dari segi senarai tempat dan kedai menarik nih mudah lah sket untuk mereka meronda pusing Perlis!


Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis
Keberadaan tetamu sentiasa diutamakan

Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis
Cadangan adalah berdasarkan kepada kesesuaian mengikut tetamu


Tengok lah gambar-gambar yang mereka tangkap sepanjang di Perlis. Cantik sangat weh!! Saya tengok pun rasa sangat woww!! 


Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis
Kredit: @unaisphoto

Jemput follow sahabat fotografer mereka, iaitu @unaisphoto di Instagram untuk lebih banyak gambar menarik di Perlis.


Alhamdulillah, selaku host kami sememangnya sangat happy jika guest kami dapat pulang dari Perlis dengan suatu perasaan yang betul-betul dapat experience Perlis! Feedback baik mahupun kurang baik, sentiasa kami jadikan sebagai satu cabaran untuk kami pertingkatkan kualiti AMKAY Homestay.


Tak Pernah Jejak Kaki ke Perlis, Mahasiswa UiTM Teruja Dapat Discover Banyak Tempat Menarik di Perlis
Maklum balas tetamu sentiasa AMKAY Homestay gunakan untuk tambahbaik mutu perkhidmatan

Kepada Akmal dan rakan-rakan, terima kasih sebab memilih kami sebagai penginapan anda di Perlis. Semoga terpahat indah kenangan bersama rakan-rakan sepanjang percutian di Perlis nih. Jemput datang lagi tau di masa akan datang!

Comments