Menginap di Homestay Kangar, Tapi Konvo di UUM Kedah, Tetamu Sarawak Experience 2 Negeri Utara

Pertengahan November yang lalu saya terima satu keluarga istimewa dari Kuching Sarawak, iaitu saudari Lydia bersama keluarga. Hajat mereka ke Perlis adalah bagi tujuan majlis konvokesyen Lydia di Universiti Utara Malaysia, UUM. Selaku guru yang pernah bertugas di Sarawak selama 8 tahun, saya memang teruja sket bila dapat bertemu orang Sarawak nih. Rasa macam jumpa orang kampung sendiri!

Tetamu Sarawak untuk konvokesyen di UUM Kedah
Tetamu Sarawak untuk konvokesyen di UUM Kedah

Dekat ker AMKAY Homestay di Kangar, Perlis dengan UUM kat Sintok, Kedah? Dekat lah jugak dalam 40 minit perjalanan menggunakan highway Changlun - Kuala Perlis. 

Lydia sebenarnya agak terlewat nak booking homestay sekitar Changlun atau Jitra, kerana mengikuti pengajian secara jarak jauh. Mujur rakan sekerja Lydia yang syorkan untuk menginap di homestay kami, meskipun agak jauh lah sket kan. Tapi Ok jugak, sekurang-kurangnya pengalaman datang konvo ke Kedah, dapat juga merasa jalan-jalan di Perlis. Sekaligus!

Tahniah Lydia untuk graduasi UUM 2024
Tahniah Lydia untuk graduasi UUM 2024

Keluarga Lydia bergambar kenangan untuk Majlis Konvokesyen UUM 2024
Keluarga Lydia bergambar kenangan untuk Majlis Konvokesyen UUM 2024

Homestay yang digunakan oleh keluarga Lydia adalah rumah setingkat dengan dua bilik. Keduanya berekon dan dilengkapi dengan dua tandas. Kita ada sediakan tuala untuk digunakan jika perlu. Selain itu kemudahan seperti seterika, peti ais dan hair dryer juga disediakan untuk tetamu homestay lebih selesa. Paling penting, mak ayah Lydia iaitu Uncle Deru dan Auntie Charis yang dah berumur, dapat berehat dari perjalanan panjang Sarawak ke Perlis.

AMKAY Homestay di Kangar, Perlis
AMKAY Homestay di Kangar, Perlis
AMKAY Homestay di Kangar, Perlis
Ruang tamu yang luas


AMKAY Homestay di Kangar, Perlis
Bilik Kedua siap berekon

AMKAY Homestay di Kangar, Perlis
Bilik master dengan tandas dan ekon


Memandangkan ini juga pengalaman kali pertama untuk Uncle Deru dan Auntie Charis, maka saya cuba sebaik mungkin untuk memberikan pengalaman paling selesa buat mereka sekeluarga. Yer lah, datang jauh-jauh, pertama kali lagi, tak kenal siapa-siapa, maka saya rasa bertanggungjawab membantu seterdaya yang saya boleh.

Pick up dan hantar keluarga Lydia ke airport Kedah
Pick up dan hantar keluarga Lydia ke airport Kedah

Jamuan makan malam special, ikan bakar Kuala Perlis
Jamuan makan malam special, ikan bakar Kuala Perlis

Makan pagi di kedai viral Warung Tepi Sawah
Makan pagi di kedai viral Warung Tepi Sawah


Bermula dengan pick up mereka sekeluarga di airport Alor Setar, mencarikan servis kereta sewa yang trusted, petua jalan yang lebih mudah ke UUM, dan makan malam special, iaitu ikan bakar ala Kuala Perlis. Sempat juga kami makan pagi bersama pada hari konovokesyen Lydia di kedai makan viral, iaitu Warung Tepi Sawah.

Tukang penyampai surprise bunga

Oh ya tak lupa juga, saya sempat juga uruskan surprise bunga konvokesyen yang diberikan oleh rakan sekerja Lydia, Syahyutie dan rakan-rakan. Sweet kan diorang? 

Semoga juga kunjungan ke Perlis Kedah ini jadi satu kenangan manis buat keluarga ini. Untuk Lydia, happy graduation!! Tahniahhh


Testimoni oleh Lydia dari Sarawak semasa menginap di AMKAY Homestay
Testimoni oleh Lydia dari Sarawak semasa menginap di AMKAY Homestay

Boleh baca testimoni Lydia tulis nih sepanjang 4 hari 3 malam menginap di homestay kami. InshaAllah puas hati sesuai dengan tagline kami, "Kepuasan anda adalah keutamaan kami!" 

Bagi pelajar UUM atau UNIMAP yang nak dapatkan perkhidmatan homestay semasa musim konvokesyen anda, boleh hubungi AMKAY Homestay di 0138007003. Booking cepat tau sebelum terlambat!


Comments