Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025: Jom Kita Pakat Mai Perlis!
Ramai yang sedia maklum bahawa pada tahun 2024 dan 2025, negeri Perlis akan menganjurkan Tahun Melawat Perlis. Bagi anak jati yang juga menetap di Perlis, saya tentulah sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada duta kecil negeri Perlis untuk sama-sama mempromosikan Tahun Melawat Perlis kali ini. Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025: Jom Kita Pakat Mai Perlis! Dengan menyasarkan sehingga 3.5 juta pelancong dari luar dan dalam negara , saya yakin dengan jenama Perlis sebagai negeri kecil terpaling hujung di Semenanjung Malaysia, banyak tarikan yang boleh dijadikan asbab untuk mereka datang ke Perlis. Sangat sesuai dengan slogan Tahun Melawat Perlis yang dipilih pada kali ini, iaitu "Perlis Damai dan Menawan" dan "Perlis - The Undeniable Charm" Dalam kalangan orang dewasa dan berumur, Perlis adalah sebuah negeri indah terjaga dengan gaya hidup yang masih murah. Kedai makan pagi hingga lah malam, memang menjanjikan makanan sedap pada harga yang sangat berpat