Perkampungan Sunnah 2024: Satu Lagi Produk Pelancongan Negeri Perlis

Sebut saja nama Perkampungan Sunnah Perlis, seperti ada satu imej atau identiti yang sinonim dengan negeri ini. Kemeriahan majlis ilmu ini bukan saja turut dirasai oleh penduduk negeri Perlis, tetapi juga untuk orang luar dari Perlis yang ingin merasa kenikmatan mengikuti ilmu di negeri Utara ini. Untuk tahun 2024, penganjuran Perkampungan Sunnah Perlis adalah bertarikh pada 3-5 Mei 2024.


Perkampungan Sunnah 2024: Satu Lagi Produk Pelancongan Negeri Perlis
Perkampungan Sunnah 2024: Satu Lagi Produk Pelancongan Negeri Perlis

Selain daripada baru pulih daripada musim panas yang melampau di negeri ini, kunjungan semasa musim Perkampungan Sunnah Perlis ini juga dapatlah disulami dengan peluang jalan-jalan ke negeri terpaling jauh ini. Banyak destinasi menarik yang anda boleh kunjungi, seperti Wang Kelian viewpoint untuk pemandangan indah, Gua Kelam untuk pengalaman teroka gua batu kapur dan semestinya Padang Besar untuk destinasi shopping barang murah berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. 

Selain itu juga, destinasi seperti Kuala Perlis yang kaya dengan pemandangan indah seperti di Kampung Warna Warni dan Kampung Wai, mampu menarik perhatian pelancong ke Perlis. Jangan lupa nikmati hidangan ikan bakar, siput mentarang dan laksa yang cukup terkenal di Kuala Perlis. Oh ya, menu makan pagi di Perlis memang tiptop dari senarai kedai-kedai yang ada. Makan sekali, pasti teringat-ingat lagi!


Suasana pagi di Wang Kelian Viewpoint
Suasana pagi di Wang Kelian Viewpoint

Rasai pengalaman menelusuri gua batu kapur di Gua Kelam
Rasai pengalaman menelusuri gua batu kapur di Gua Kelam

Nikmati keindahan memukau di Ladang Kenaf
Nikmati keindahan memukau di Ladang Kenaf

Arked Niaga Wang Kelian yang dipenuhi pengunjung pada hari minggu
Arked Niaga Wang Kelian yang dipenuhi pengunjung pada hari minggu

Makanan viral Thailand yang boleh didapati di Padang Besar
Makanan viral Thailand yang boleh didapati di Padang Besar

Bagi yang berada di Perlis pada musim Perkampungan Sunnah Perlis, ambil lah peluang untuk nikmati mempelam kebanggaan negeri Perlis iaitu Harumanis. Meskipun dah berada di penghujung musim, rezeki anda bernasib baik, dapatlah anda merasa buah mempelam yang special tersebut.

Mempelam harumanis kebanggaan negeri Perlis
Mempelam harumanis kebanggaan negeri Perlis

Homestay keluarga di Kangar, Perlis untuk anda
Homestay keluarga di Kangar, Perlis untuk anda

Bagi yang mahukan penginapan homestay di sekitar Kangar, bolehlah hubungi AMKAY Homestay [0138007003] untuk tempahan. Kebanyakkan lokasi program Perkampungan Sunnah Perlis adalah di sekitar Kangar, maka cepat-cepat tau buat reservation supaya anda tak perlu menginap jauh dari Kangar. 

Selamat berkampung di Perlis!

Comments