Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025: Jom Kita Pakat Mai Perlis!

Ramai yang sedia maklum bahawa pada tahun 2024 dan 2025, negeri Perlis akan menganjurkan Tahun Melawat Perlis. Bagi anak jati yang juga menetap di Perlis, saya tentulah sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada duta kecil negeri Perlis untuk sama-sama mempromosikan Tahun Melawat Perlis kali ini. 

Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025: Jom Kita Pakat Mai Perlis!
Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025: Jom Kita Pakat Mai Perlis! 

Dengan menyasarkan sehingga 3.5 juta pelancong dari luar dan dalam negara, saya yakin dengan jenama Perlis sebagai negeri kecil terpaling hujung di Semenanjung Malaysia, banyak tarikan yang boleh dijadikan asbab untuk mereka datang ke Perlis. Sangat sesuai dengan slogan Tahun Melawat Perlis yang dipilih pada kali ini, iaitu "Perlis Damai dan Menawan" dan "Perlis - The Undeniable Charm" 


Dalam kalangan orang dewasa dan berumur, Perlis adalah sebuah negeri indah terjaga dengan gaya hidup yang masih murah. Kedai makan pagi hingga lah malam, memang menjanjikan makanan sedap pada harga yang sangat berpatutan. Apatah lagi tarikan shopping sakan seperti di Padang Besar dan Wang Kelian dan Kuala Perlis sebagai hub utama ke Langkawi yang sudah sekian lama sinonim dengan orang luar yang datang melancong ke Perlis. 

Breakfast makan pagi sedap di Dusun Nakawan
Breakfast makan pagi sedap di Dusun Nakawan

Santai keluarga di tepi Masjid Terapung Kuala Perlis
Santai keluarga di tepi Masjid Terapung Kuala Perlis

Homestay keluarga di Perlis, AMKAY Homestay
Homestay keluarga di Perlis, AMKAY Homestay

Beli belah di bandar sempadan, Arked Niaga Wang Kelian
Beli belah di bandar sempadan, Arked Niaga Wang Kelian

Makanan viral 7 Eleven Thailand boleh didapatkan di Padang Besar
Makanan viral 7 Eleven Thailand boleh didapatkan di Padang Besar


Manakala bagi orang muda pula, Perlis adalah sebuah negeri tenang, bersih serta penuh dengan variety makanan sedap pada harga yang murah. Kedai kopi hipster yang juga datang dengan pelbagai konsep tersendiri penuh bertebaran di negeri kecil ini. Maka tak pelik kalau Perlis dikatakan sebagai negeri yang sesuai untuk mereka 'healing' dan hilang sekejap daripada kesibukan tugas dan dunia realiti!

Pemandangan indah Bukit Chabang dari Kampung Sahabat, Timah Tasoh
Pemandangan indah Bukit Chabang dari Kampung Sahabat, Timah Tasoh

Makan malam istimewa di Balbuk Haus
Makan malam istimewa di Balbuk Haus, cafe tengah bendang

Penginapan keluarga di Perlis, AMKAY Homestay
Penginapan keluarga di Perlis, AMKAY Homestay 

Santai minum kopi di Tenang Cafe, Kuala Perlis
Santai minum kopi di Tenang Cafe, Kuala Perlis


Boleh rujuk juga senarai destinasi pelancongan menarik di Perlis yang ada disiarkan dalam laman web rasmi Tourism Perlis. Banyak pilihan kan?


Selain daripada itu, korang juga kena alert dengan banyak event-event rare yang selalu diadakan di Perlis tau. Contohnya macam penganjuran Pesta Angin Timur Perlis 2023 pada 3 hingga 5 Mac lalgu di Kampung Sungai Padang yang telah berjaya menarik sehingga 300,000 pengunjung! 

Pesta Angin Timur Perlis 2023, Kampung Sungai Padang dengan 300,000 pengunjung
Pesta Angin Timur Perlis 2023, Kampung Sungai Padang dengan 300,000 pengunjung

Pelancaran drama "Cinta Bersemi di Wadi Safiyya" yang bakal mengisi slot Akasia TV3
Pelancaran drama "Cinta Bersemi di Wadi Safiyya" yang bakal mengisi slot Akasia TV3

Gig indie tepi sawah layan lagu puisi di Balbuk Haus
Gig indie tepi sawah layan lagu puisi di Balbuk Haus


Sesuai dengan Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025, saya percaya pasti ada banyak lagi event-event sebegini yang telah dirancang oleh negeri Perlis bagi merancakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini.


Oh ya, jika mahukan penginapan keluarga yang selesa dan berpatutan, boleh lah juga jadikan AMKAY Homestay sebagai kemudahan inap keluarga anda bila berkunjung ke Perlis. Lokasi  strategik di tengah Pusat Bandar Kangar membolehkan anda untuk bergerak ke semua destinasi menarik di Perlis dalam masa yang singkat.

Penginapan keluarga untuk Tahun Melawat Perlis 2024, AMKAY Homestay
Penginapan keluarga untuk Tahun Melawat Perlis 2024, AMKAY Homestay


Penginapan keluarga untuk Tahun Melawat Perlis 2024, AMKAY Homestay
AMKAY Homestay menawarkan 3 bilik berekon yang selesa untuk keluarga


Dan sudah tentu satu kelebihan bagi tetamu di AMKAY Homestay adalah kita akan cuba bantu anda merancang dan mengatur lokasi menarik untuk dikunjungi supaya percutian anda di Perlis akan jadi kenangan indah lagi bermakna. Termasuk tempat-tempat makan sedap dan viral di Perlis tau!


Amacam, teruja tak? Jika masih perlukan nasihat dan tips berkaitan bercuti ke Perlis, boleh lah hubungi AMKAY Homestay untuk kita bantu apa yang boleh. Sama-sama kita jayakan Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025!

Comments