Sampai Wang Kelian, Tapi Tak Tau Nak Ke Mana? Jom Saya Kongsi 3 Lagi Tempat Menarik Sekitar Wang Kelian

Rasanya tak perlu lagi diperkenalkan Wang Kelian sebagai satu destinasi pelancongan menarik yang ada di Perlis. Terletak 30KM dari Kangar, dan 17KM dari Padang Besar, rasanya satu Malaysia pun dah kenal Wang Kelian, pekan sempadan antara negara Malaysia dan Thailand. Terkenal dengan kawasan bukit bukau dan pemandangan yang indah, saya kongsikan lagi 4 tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika berkunjung ke Wang Kelian. Jom kita tengok!


4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
4 tempat menarik sekitar Wang Kelian


1. Wang Kelian Viewpoint

Biasanya pelancong luar akan jadikan ini sebagai tempat wajib kalau datang berkunjung ke Perlis. Pemandangan kawasan Barat negeri Perlis, dengan menampakkan mercu tanda Bukit Chabang dan Empangan Timah Tasoh memang menjanjikan suasana pemandangan yang luar biasa. 


4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Wang Kelian viewpoint

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Wang Kelian viewpoint

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Wang Kelian viewpoint

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Wang Kelian viewpoint

Penginapan keluarga di AMKAY Homestay

Yuran masuk dikenakan RM1 untuk setiap orang. Bagi yang datang dengan keluarga besar atau warga emas, maka boleh juga gunakan khidmat kereta buggy yang disediakan di kawasan bawah dengan bayaran sebanyak RM5. Untuk yang masih sehat bertenaga, maka gunakan tenaga kudrat anda untuk mendaki bukit kecil sambil menikmati pemandangan indah.

Kawasan yang dulunya hanya dataran bukit dengan tanah sekarang dibangunkan dengan cantik, sesuai untuk kunjungan pelawat ke Perlis. Beberapa sudut diolah menarik untuk jadi ruang bergambar simpan kenangan. Malah disediakan juga info-info menarik mengenai flora dan fauna yang berada di sekitar kawasan ini. 


2. Sempadan Malaysia - Thailand

Bagi tetamu AMKAY Homestay, biasanya kami sarankan untuk mereka juga ambil peluang untuk berkunjung ke sempadan Malaysia Thailand. Terletak hanya 7.6km daripada Wang Kelian Viewpoint, perjalanan ini hanya mengambil masa sekitar 10 minit.

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Sempadan Malaysia Thailand

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Sempadan Malaysia Thailand

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Sempadan Malaysia Thailand

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Sempadan Malaysia Thailand

Di sini, pelancong dapat melihat satu lagi pintu sempadan Malaysia - Thailand yang ada di Perlis, selain daripada Padang Besar. Jika di sebelah Malaysia dikenali sebagai Wang Kelian, di sebelah Thailand pula dikenali sebagai Wang Prachan.


3. Arked Niaga Wang Kelian

Satu lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Wang Kelian ini adalah Arked Niaga Wang Kelian. Kawasan perniagaan ini baru saja mula beroperasi pada awal tahun 2023 setelah sekian lama disiapkan sejak PKP melanda negara. 

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Arked Niaga Wang Kelian

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Arked Niaga Wang Kelian

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Arked Niaga Wang Kelian

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Arked Niaga Wang Kelian

Pusat tarikan pelancongan baru di Perlis ini bagaimana pun hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Masih ada beberapa gerai yang berniaga pada hari lain, tetapi tak meriah lah ya macam dua hari minggu tersebut. 

Gerai yang ada di sini menawarkan barang-barangan keluaran negeri Perlis untuk dijual kepada orang luar. Jom kita support penjual lokal kita!


4. Taman Negeri Perlis

Mungkin ada yang tak sedar dalam perjalanan dari Wang Kelian viewpoint ke sempadan Malaysia - Thailand, terletaknya Taman Negeri Perlis. Terletak dalam Hutan Simpan Wang Mu, taman negeri ini merupakan Hutan Separuh Luruh dan mengunjur di atas banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia iaitu Banjaran Nakawan.

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Taman Negeri Perlis

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Taman Negeri Perlis

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Taman Negeri Perlis

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Taman Negeri Perlis

Penginapan keluarga di AMKAY Homestay

Antara keunikan yang ada di Taman Negeri Perlis adalah pokok Bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman purba dan Beruk Kentoi (Macaca arctoides). Selain itu bukit batu kapur yang ada terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan dianggarkan berusia sehingga 500 juta tahun. 

4 tempat menarik sekitar Wang Kelian
Beruk Kentoi

Jadi kepada yang dah masukkan Wang Kelian viewpoint sebagai wishlist anda untuk tempat menarik di Perlis, jangan lupa juga ambil peluang untuk berkunjung ke 3 lagi tempat menarik sekitar Wang Kelian. 

Comments