"Trip Perlis Paling Menggembirakan Ibu Bapa" - Tetamu Ipoh Happy di AMKAY Homestay

Minggu lepas AMKAY Homestay menerima 4 orang tetamu dari Ipoh, iaitu Cikgu Hanim sekeluarga. Masa di peringkat awal persetujuan, awal-awal lagi beliau maklumkan akan membawa ibu dan ayah beliau yang sudah berusia melawat ke Perlis untuk dua hari. Justeru itu, bilik homestay yang mesra warga emas adalah sangat diperlukan. Antara cirinya adalah terletak di bahagian rumah bawah, pengudaraan yang baik serta dekat dengan bilik air. 

Cikgu Hanim sekeluarga menjamu selera makan pagi di kedai viral, Warung Tepi Sawah
Cikgu Hanim sekeluarga menjamu selera makan pagi di kedai viral, Warung Tepi Sawah


Homestay Perlis Mesra Warga Emas

AMKAY Homestay sememangnya mempunyai satu bilik bawah yang lengkap dengan tandas. Mudah akses dan tak perlu naik tangga. Bilik juga lengkap dengan kemudahan air cond untuk keselesaan beserta peralatan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung. 


Alhamdulillah, feedback sangat baik daripada keluarga Cikgu Hanim, terutamanya daripada kedua-dua orang tuanya. Malah  ibu bapa beliau sangat gembira dengan keseluruhan trip percutian ke Perlis kali ini setelah sekian lama tak berkunjung ke negeri paling Utara di Malaysia ini. 


"Alhamdulillah, trip ke Perlis kali ini sangat menggembirakan ibubapa saya. Terima kasih untuk penginapan di AMKAY Homestay berkonsepkan minimalis, selesa dan lokasi yang sangat strategik. Terima kasih juga sudi berkongsia tempat menarik di Perlis dan gerai makan yang sedap untuk kami sekeluarga cuba. Terbaik servis yang diberikan. InshaAllah ada rezeki boleh kami datang lagi."

Cikgu Hanim, September 2023


Perkhidmatan Ekstra Atur Perjalanan Bercuti di Perlis

Seperti biasa, sebagai nilai tambah kepada tetamu di AMKAY Homestay kita juga akan membantu tetamu mengatur perjalanan sepanjang bercuti di Perlis, sambil mencadangkan beberapa tempat menarik dan kedai makan sedap patut cuba di Perlis.


Maklum balas daripada tetamu Ipoh yang gembira dengan trip percutian ke Perlis kali ini. Terima kasih Cikgu Hanim sekeluarga!
Maklum balas daripada tetamu Ipoh yang gembira dengan trip percutian ke Perlis kali ini.
Terima kasih Cikgu Hanim sekeluarga!


Khas untuk tetamu dari luar, perkhidmatan percuma ini kami sediakan supaya dapat membantu tetamu untuk betul-betul merasai nikmat percutian bermakna lagi meninggalkan kenangan manis di Perlis. Sudah tentu pengalaman ini disertakan dengan cadangan kedai-kedai makan viral dan sedap yang patut dicuba oleh para pengunjung. 


Apa pun, AMKAY Homestay nak ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi buat Cikgu Hanim sekeluarga kerana memilih penginapan kami untuk percutian bermakna anda di Perlis. Ada rezeki jemput datang lagi ya!


Jadi kalau anda berhajat nak bercuti ke Perlis, tapi tak ada kawan atau tak tahu mana tempat menarik nak pegi atau makan, maka hubungi AMKAY Homestay Perlis (0138007003) untuk membantu mengurus percutian bermakna anda di Perlis. 

Jom melawat ke Perlis! ;) 

Comments