Baiki Siling Runtuh Dalam Seminggu, AMKAY Homestay Kembali Operasi!

Baru-baru ini AMKAY Homestay diuji dengan sedikit ujian. Siling plaster runtuh! Dapat berita daripada tetamu yang bakal menginap di situ pada waktu malam. Memang tak dapat nak buat apa. Memang terkejut, meskipun dah menyangka benda camni akan berlaku. Kesan titisan air yang mungkin berpunca daripada leaking dari bilik mandi tingkat atas. 

AMKAY Homestay Kembali Beroperasi
AMKAY Homestay Kembali Beroperasi

Pening juga kepala sebab terpaksa berurusan dengan tetamu yang datang tu satu hal, tambah lagi ada juga yang sudah siap menempah untuk minggu seterusnya. Mujur tetamu sedia ada, Encik Azlan teruskan niat. Saya pulangkan juga sedikit wang penginapan kepada beliau sebagai sagu hati membantu saya menguruskan homestay buat sementara waktu.


Nasib baik juga kini kita ada AMKAY Homestay kedua sebagai backup plan. Maka beberapa tetamu yang datang dengan family kecil bawah 5 orang, kita pindahkan ke homestay kedua, yang berada lebih kurang 200 meter sahaja daripada homestay pertama. Lokasi juga sangat strategik, berhadapan Stadium Utama Kangar dan bersebelahan dengan kedai makan Suri yang sangat famous untuk destinasi makan tengahari dalam kalangan pengunjung ke Perlis.


AMKAY Homestay kedua sesuai untuk pilihan keluarga kecil 1-5 orang
AMKAY Homestay kedua sesuai untuk pilihan keluarga kecil 1-5 orang

Langkah pertama saya buat adalah hubungi tukang baiki. Pening sebab tak kenal dan tak pernah berurusan sebelum nih dengan mana-mana tukang. Tetapi alhamdulillah jiran sekeliling berikan beberapa nombor untuk saya hubungi. 


Bila tukang datang tengok saja terus dia maklumkan perkara pertama saya kena buat adalah Waterproofing. Ini untuk pastikan bilik air di atas tu tak bocor airnya dan sekaligus tak merosakkan lagi siling plaster. Memang pengalaman kali pertama saya berurusan benda macam nih. Dan proses dia boleh tahan juga bila mendengarnya. Huhuhu. Nak tak nak, kena jugak lah buat sebab nak baiki balik rumah dalam keadaan asal.

Siling berlumut dan berlubang kesan titisan air
Siling berlumut dan berlubang kesan titisan air

Gambar hari kejadian yang dikirimkan tetamu AMKAY Homestay
Gambar hari kejadian yang dikirimkan tetamu AMKAY Homestay

Proses Waterproofing pun mula lah berjalan. Tukang mula-mula sekali ketuk pecahkan tiles, proses nih ambik masa seharian jugak lah. Mangkuk tandas diasingkan supaya step seterusnya dapat dijalankan. Hari seterusnya mereka tuangkan gam waterproof. 3 lapis jugak katanya sebelum dibiarkan kering.


Bila dah kering mereka uji pulak dengan menakungkan air. Sehari juga untuk pastikan gam waterproof betul-betul dapat berfungsi dengan baik. Alhamdulillah resultnya positif. Maka esoknya mereka datang untuk buat simen dan lantai. Hari seterusnya tiles pulak dipasang semula. Biar kering dan hari terakhir mangkuk tandas dipasang semula beserta lubang air. 

Kerja waterproofing giat dijalankan di AMKAY Homestay
Kerja waterproofing giat dijalankan di AMKAY Homestay

Kerja waterproofing giat dijalankan di AMKAY Homestay
Kerja waterproofing giat dijalankan di AMKAY Homestay

Dalam masa yang sama saya hubungi pula tukang siling plaster untuk buatkan siling pulak. Alhamdulillah sekejap saja dah siap. Tukang hanya perlukan kira-kira dua jam sahaja untuk buat kerja-kerja baiki siling dengan sekeping sahaja digunakan. Malah kerja-kerja termasuk pasang lampu dan cat semula kawasan sekitar. Elok kejadian seperti asal!


Tak sampai seminggu semua kerja dapat disiapkan dengan baik. Memang saya berpuas hati dengan hasil kedua-dua tukang. Malah kos baiki juga sangat berbaloi. Murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga yang perlu dibayar oleh rakan di negeri lain. RM2000 untuk kos waterproofing dan RM300 untuk kos baiki siling plaster. Jumlah keseluruhan RM2300, murah kan?

Mangkuk tandas dipasang pada hari terakhir
Mangkuk tandas dipasang pada hari terakhir

Siling plaster dibaiki dengan sangat kemas
Siling plaster dibaiki dengan sangat kemas

Pekerja yang sangat berdisiplin datang awal dan cekap bekerja
Pekerja yang sangat berdisiplin datang awal dan cekap bekerja

Saya juga sangat berpuas hati dengan kualiti kerja yang ditunjukkan oleh tukang. Mereka datang awal, tepat pada masanya. Jam 8.30 pagi dah tercegat depan homestay. Sekitar dua jam camtu dah siap. Memang sangat recommended!

Beli CCTV Mantap: https://shope.ee/8f2RA8MHd1 (Model: Tapo C210, 64GB)


Alhamdulillah dengan itu juga, AMKAY Homestay akan meneruskan kembali operasi sebagai penginapan keluarga yang selesa di Perlis. Kami faham musim-musim cuti sekolah nih ramai yang dah merancang untuk bercuti ke Perlis bersama keluarga. Jangan lupa untuk hubungi AMKAY Homestay untuk tawaran menarik.

Jom menginap di AMKAY Homestay untuk percutian cuti sekolah di Perlis
Jom menginap di AMKAY Homestay untuk percutian cuti sekolah di Perlis

Selain daripada harga yang kompetitif, kita tawarkan juga extra service membantu merancang percutian anda sekeluarga di Perlis, dengan janji pengalaman melancong ke Perlis yang pasti akan diingati sampai bila-bila! Selamat bercuti ke Perlis!


Comments