Rumah Kedua AMKAY Homestay; Penginapan Murah Sebelah Stadium Kangar, Perlis!
Alhamdulillah kali ini AMKAY Homestay membuka satu lagi lembaran baru dengan homestay kedua juga di Kangar, Perlis dengan harga yang jauh lebih murah. Cuma RM150/ malam dengan lokasi homestay yang sangat strategik betul-betul bersebelahan Stadium Tuanku Syed Putra (Stadium Utama). Penginapan bajet ini semestinya sangat sesuai untuk keluarga kecil atau kumpulan sahabat travel antara 1 - 5 orang.
Rumah Kedua AMKAY Homestay; Penginapan Murah Sebelah Stadium Kangar! |
Persediaan
Pengambilalihan rumah Semi-D satu tingkat ini bermula dengan aktiviti pembersihan kawasan luar dan dalam rumah terlebih dahulu. Kawasan sekitar rumah disimenkan supaya penghuni AMKAY Homestay berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Cermin bahagian luar juga dicuci dengan bersih menggunakan khidmat tukang cuci.
Hanya dua bilik sahaja yang dibuka untuk digunakan, manakala satu lagi bilik berkunci dijadikan stor simpanan barang yang tak diperlukan. Pam air juga ditambah supaya tekanan air lebih kuat untuk penggunaan air yang lebih memuaskan pengguna semasa mandi.
Keadaan Bilik
Rumah AMKAY Homestay dengan rate RM150 satu malam ini menawarkan dua bilik untuk pilihan pengguna. Bilik pertama adalah bilik master dengan katil King lengkap dengan air cond dan tandas. Manakala bilik kedua adalah bilik dengan katil Queen juga dilengkapi aircond untuk keselesaan. Satu lagi bilik mandi dan tandas berada di bahagian dapur.
Rumah Kedua AMKAY Homestay; Penginapan Murah Sebelah Stadium Kangar! |
Ruang tamu AMKAY Homestay yang luas dan selesa untuk tetamu |
Bilik master dengan katil bersaiz King lengkap dengan air cond dan tandas |
Bilik kedua dengan katil saiz Queen dilengkapi dengan air cond |
Untuk keselesaan penghuni AMKAY Homestay ini juga kita sediakan 2 set toto bagi keluarga dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, atau mereka yang nak merasa pengalaman tidur beramai-ramai di atas lantai sambil beralaskan toto.
Jangan risau, bahagian ruang tamu homestay kita hias dengan perabot minimal memang bertujuan supaya ada ruang lebih luas untuk menampung keperluan tersebut!
Kemudahan Lain
Antara kemudahan lain yang turut disediakan di AMKAY Homestay RM150 ini juga adalah tuala mandi, seterika dengan board, televisyen dilengkapi NJOI, bantal extra, sejadah dan peralatan solat seperti kain telekung dan kain pelikat. Tambah lagi ekstra, air minuman percuma juga disediakan untuk anda sekeluarga!
Rumah setingkat ini juga sangat mesra dengan warga emas, OKU dan juga bayi kecil. Tambahan lagi lokasi nya yang cukup strategik di tengah Kangar, berada di jalan utama mudah dicari dan senang akses ke mana-mana lokasi tumpuan di Perlis seperti Padang Besar, Kuala Perlis, dan Arau.
Jadi, apa tunggu lagi?
Rumah Kedua AMKAY Homestay; Penginapan Murah Sebelah Stadium Kangar, Perlis! |
Oh ya! Bagi mereka penghuni di sini yang mahukan khidmat bantuan dalam rekomendasi kedai-kedai makan menarik dan patut cuba di Perlis, jangan malu jangan segan terus bertanyakan dengan kami tau. Kami juga bersedia untuk bantu menyusun tentatif percutian menarik anda di Perlis.
Sememangnya menjadi hasrat kami adalah supaya mereka yang datang berkunjung ke Perlis, akan pulang membawa pengalaman terbaik yang akan mereka ingat sampai bila-bila!
Nak berkunjung ke Perlis? Jom menginap di AMKAY Homestay!
Comments
Post a Comment