12 Kedai Kopi Konsep Rare di Perlis Yang Anda Wajib Singgah! Sumpah Padu!

Rezeki sejak PKP, banyak sungguh kedai kopi hipstur yang muncul di Perlis. Masing-masing beroperasi tenang tanpa berebut saingan, dengan menampilkan keistimewaan dan keunikan masing-masing. Tak sangka, banyak idea kreatif muncul dalam kalangan anak muda Perlis. 

Bersempena dengan Tahun Melawat Perlis Tahun 2024 & 2025, jom kita tengok 12 kedai kopi dengan konsep rare di Perlis yang patut anda cuba. 

12 Kedai Kopi dengan konsep rare di Perlis
12 Kedai Kopi dengan Konsep Rare di Perlis



1. Ngopi
Selaku antara kedai kopi awal yang wujud di Perlis, saya letak Ngopi Cafe sebagai kedai kopi rare yang anda kena datang try. Jenama nih memang dah tersohor di Perlis, malah mula menempa kejayaan di negeri Kedah dengan cawangan baru di Jitra. 

Ngopi Cafe antara pemain budaya ngopi terawal di Perlis



2. Rutiyn
Yang ini unik sebab berada di lorong belakang kedai, berdekatan stesen bas Kangar. Memang lain betul vibes dia kat sini, dipenuhi dengan anak-anak muda yang mahu minum kopi dengan santai. Tahun nih kafe dah berkembang besar lagi kedainya, dengan pilihan menu yang lebih banyak. 

Rutiyn Cafe dengan konsep kedai lorong belakang yang menarik



3. Kupi Kahfi
Pernah minum kopi dalam gua? Kalau belum pernah, boleh lah datang ke sini. Terletak di Bukit Tau, kedai dengan menggunakan konsep klasik ini menawarkan suasana tenang dalam gua. Ada pilihan roti bakar, ais sagat dan tentunya kopi.

Kupi Kahfi konsep ngopi dalam gua



4. Block
Cafe ini terletak di denai larian Pengkalan Assam, tempat jogging popular di Perlis. Konsep nya yang open air, dengan ruang duduk yang banyak, membantu ramai anak muda datang berkumpul di sini waktu malam. Sesekali diundang live band yang sudah tentu memberikan vibes lebih rileks untuk pengunjung kafe. 

Block Cafe yang jadi tumpuan muda mudi di Perlis



5. Sechaone
Kedai kopi dalam kawasan rumah ini juga membawa konsep yang menarik. Selain ruang duduk dan persekitaran yang sedap mata memandang, kafe ini juga menawarkan pilihan menu pada harga yang berpatutan. Konsep self service juga membantu memudahkan pengunjung.

Sechaone Cafe konsep santai ngopi dalam kawasan rumah

AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga selesa di Kangar, Perlis



6. Rumah Kupi
Beroperasi daripada dalam rumah kampung dengan konsep tradisional, kedai kopi ini tentu menggamit memori minum kopi di rumah datuk dan nenek. Pilihan menu juga rare, dengan Laksa Sarawak selain daripada roti dan kopi.

Rumah Kupi dengan konsep ngopi dalam rumah kampung tradisional 



7. Kupigayo
Kedai kopi yang terletak dalam Arked MARA Simpang Ampat ini saya senaraikan kerana satu-satu nya kedai kopi di Perlis yang menggunakan Kopi Acheh dalam menunya. Ada pilihan menu roti, selain daripada nasi dan kek yang boleh diorder dari kedai-kedai lain bersebelahan. Pilihan saya tentulah Kopi Sangger Gayo.

Kupigayo dengan rasa kopi dari Acheh



8. Arau Kopi
Antara kedai kopi yang menjadi pilihan utama orang Perlis untuk makan pagi. Pilihan menu yang pelbagai dengan waktu operasi pagi dan malam, membolehkan ramai pengunjung merasa pelbagai juadah dengan kopi yang enak rasanya. 

Arau Kopi port makan pagi dengan suasana kampung



9. Tenang Cafe
Kedai kopi hipster di Kuala Perlis ini juga menawarkan suasana minum kopi yang menarik. Berada di deretan kedai Cina gaya pekan lama, kedai kopi kecil nih tetap memberi aura berbeza dengan kawasan sekitarnya. Kerap menganjurkan event kopi di lorong bersebelahan, banyak menu boleh cuba termasuk donut cheese dengan honey yang mengiurkan. 

Tenang Cafe dengan konsep retro klasik 



10. Oven Rimba
Ini satu lagi kedai kopi dengan pelbagai menu yang menarik. Walaupun jauh sket dengan bandar Kangar, tapi berbaloi ke sana terutamanya jika anda nak menikmati pasta. Tempat tumpuan ramai jugak orang, sampai kadang-kadang menu tak sempat sampai ke waktu petang. 

Oven Rimba dengan pelbagai pilihan desert

AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga yang selesa di Kangar, Perlis



11. Gunung Medan Glass Cafe
Kedai kopi yang baru wujud di Perlis. Terletak di Gunung Medan, kira-kira 5 minit berjalan kaki mendaki dari tempat parking. Memang berbaloi dengan view yang anda dapat lihat dari puncak. Kafe juga dihias deko dengan cantik. Disebabkan baru saja dibuka, menu masih terhad dan diharapkan dapat bertambah di masa akan datang.

Gunung Medan Glass Cafe dengan view Perlis dari atas gunung


12. Koffee Kitchen
Nih antara kafe kopi yang menjadi pilihan admin untuk minum dan makan. Deko kedai yang menarik, suasana yang selesa, dan makanan yang sedap. Pilihan admin kat sini tentulah aglio olio yang memang superb. Banyak lagi pilihan makanan western yang ada untuk anda cuba di sini. 

Koffee Kitchen dengan menu western yang sedap


OK selesai 12 kedai kopi dengan konsep rare yang ada di Perlis yang patut anda singgah pada pilihan AMKAY Homestay. Yang penting setiap kafe ada citarasa kopi dan peminatnya masing-masing. Admin pun sama tau. 

Jadi ada lagi tak kafe yang best, yang patut admin share lagi kat sini? Jom kita bantu senaraikan!

Comments