Bila Artis DidikTV Datang Serbu AMKAY Homestay Perlis, Tak Menang Tangan Tuan Rumah Melayan!

Cuti Sekolah pada penghujung Disember 2023 nih jadik detik yang istimewa buat AMKAY Homestay apabila menerima kunjungan daripada beberapa orang rakan. Famous-famous semua, artis DidikTV tau, penyampai pengajaran di TV semasa negara kita dilanda COVID-19. Semuanya datang untuk pengalaman bercuti ke Perlis. Perlis tengah viral gais!


Pasangan Seni Guru DidikTV, Cikgu Syukri dan Cikgu Jue sekeluarga dari Pahang
Pasangan Seni Guru DidikTV, Cikgu Syukri dan Cikgu Jue sekeluarga dari Pahang

Kunjungan pertama daripada keluarga pasangan Seni dari Pahang, iaitu Cikgu Shukri dan Cikgu Jue serta keluarga. Ini kunjungan kedua mereka ke Perlis, bersama admin. Kali pertama sekitar Disember tahun 2021, selepas PKP. Masa tu kita dah bawak mereka ke Timah Tasoh, Wang Kelian, dan Padang Besar.


Alhamdulillah kali ini pun masih banyak tempat menarik di Perlis untuk dibawa melawat. Tempat yang kami cadangkan pada kali ini adalah Kupi Kahfi di Bukit Tau, Jambatan Pelangi, Kampung Warna Warni, Masjid Terapung Kuala Perlis dan sudah tentu tarikan terbaru di Perlis iaitu Gunung Medan Viewpoint.


Melihat pemandangan bandar Kangar di waktu dari Gunung Medan Viewpoint
Melihat pemandangan bandar Kangar di waktu dari Gunung Medan Viewpoint

Menikmati kopi panas di Kupi Kahfi, Bukit Tau
Menikmati kopi panas di Kupi Kahfi, Bukit Tau

Keunikan Jambatan Pelangi dan Kampung Warna Warni di Kuala Perlis
Keunikan Jambatan Pelangi dan Kampung Warna Warni di Kuala Perlis

Kesemua mereka termasuk anak-anak sangat gembira dan berpuas hati dengan tentatif yang dicadangkan oleh pihak AMKAY Homestay, terutamanya Kampung Warna Warni yang memang sangat unik! Memang leka sungguh dua pasangan Seni ini menghayati keindahan warna warni di kampung nelayan ini. 


Tetamu artis DidikTV yang kedua adalah Ustaz Azlan yang juga dikenali sebagai Ustad Abah. Datang bersama keluarga seramai 10 orang, mereka jadikan AMKAY Homestay sebagai pilihan penginapan di Perlis sebab lokasi yang strategik di tengah Kangar. Senang nak ke mana-mana destinasi pilihan mereka terutamanya, untuk mandi manda di Bukit Ayer, yang terletak lebih kurang 10km saja dari homestay. 


Artis DidikTV bagi subjek Pendidikan Islam, Ustad Azlan sekeluarga dari Baling
Artis DidikTV bagi subjek Pendidikan Islam, Ustad Azlan sekeluarga dari Baling

Percutian 3 hari 2 malam itu juga membolehkan mereka untuk betul-betul mengeksplorasi Perlis meskipun ini bukan kali pertama mereka ke negeri ini. Sekali sekala orang Baling tengok keindahan dan ketenangan di Perlis, memang betul-betul mengisi cuti persekolahan dengan sesi bermanfaat bersama keluarga.


AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga selesa di Kangar, Perlis
AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga selesa di Kangar, Perlis

AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga selesa di Kangar, Perlis
AMKAY Homestay ~ Penginapan keluarga selesa di Kangar, Perlis

Alhamdulillah, di AMKAY Homestay kami memang menjadikan kepuasan tetamu sebagai kayu ukur dalam menambahbaik kualiti mutu perkhidmatan kami. Semoga dengan menyediakan penginapan keluarga yang selesa ini mampu menjadi sebahagian daripada kenangan manis anda semua bercuti di Perlis! Jemput datang lagi ya.. 


Comments